Kelas Zai Karim

Tuisyen Sekolah Rendah & Mengaji

Belajar jadi seronok macam bermain!

Kelas tuisyen sekolah rendah & mengaji yang santai dan mengikut rentak setiap anak.

Scroll bawah, Fluffy nak ikut!

Cikgu Mommy

Cikgu Mommy

Kenali Cikgu Anda

Assalamualaikum dan hai! Saya seorang guru tuisyen, guru Al-Quran dan pencinta ilmu yang percaya bahawa setiap anak mampu belajar apabila diajar dengan pendekatan yang sesuai.

Sepanjang mengajar, saya berpeluang membimbing murid sekolah rendah daripada pelbagai latar belakang, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Saya juga membantu anak-anak membina keyakinan dalam pelajaran dan pembelajaran Al-Quran.

Bagi saya, pendidikan bukan tentang memaksa setiap anak belajar dengan cara yang sama. Pendidikan ialah memahami setiap anak, menerima mereka seadanya, dan membimbing mereka berkembang mengikut kemampuan serta potensi masing-masing.

Itulah jiwa di sebalik setiap kelas yang saya bina dan setiap anak yang saya ajar.

Sabar & Mesra

Murid bebas bertanya tanpa rasa malu

Kumpulan Kecil

Fokus penuh pada setiap murid

Update Progres

Parent sentiasa tahu perkembangan anak

Subjek Yang Diajar

Semua subjek teras sekolah rendah, plus kelas mengaji

RM30/jam

Matematik

Dari asas nombor sampai power problem solving

RM30/jam

Bahasa Melayu

Karangan, tatabahasa & pemahaman jadi mudah

RM30/jam

English

Confident speaking, reading & writing

RM30/jam

Sains

Eksperimen minda, faham bukan hafal

RM50/bulan

Mengaji / Iqra'

Iqra', tajwid & hafazan surah pendek

* Yuran boleh berubah ikut bilangan sesi. WhatsApp cikgu untuk pakej penuh!

Jom Cari Slot Anak Anda

Kalendar sentiasa dikemaskini. Slot hijau = masih kosong. Klik terus untuk tempah melalui WhatsApp!

Kata Parent & Murid

Review sebenar daripada keluarga yang belajar dengan cikgu

Anak2 sorang autism sorang disleksia,teacher mommy ajar ikut pemahaman anak2 dan mesra..Ank2 selesa dan happy tiap minggu tanya ibu ada class tak?Tq cikgu mommy
Puan Sha
Mommy bukan sahaja mengajar anak², tp mommy juga kaunselor kpd anak². I love u mommy ♥️
8485
I love learning with mommy zai because she make me understand the subject that i don't know. You always said "you can do it dell and don't give up now". Without you helping me...maybe I'll never focus on studying to get good results
Dell-Dell

Soalan Lazim

Perkara yang parent selalu tanya sebelum daftar

Berapa yuran kelas tuisyen di Kelas Zai Karim?

Yuran tuisyen akademik ialah RM30 sejam bagi setiap subjek (Matematik, Bahasa Melayu, English, Sains). Kelas mengaji pula RM50 sebulan. Yuran boleh berubah mengikut bilangan sesi seminggu — pakej penuh boleh ditanya terus melalui WhatsApp guru.

Subjek apa yang diajar?

Kelas Zai Karim mengajar semua subjek teras sekolah rendah — Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains — serta kelas mengaji Al-Quran: Iqra' 1 hingga 6, tajwid asas, dan hafazan surah-surah pendek untuk solat harian.

Kelas diadakan di mana — bersemuka atau dalam talian?

Kelas dijalankan secara kumpulan kecil di pusat pembelajaran di rumah, atau secara dalam talian. Pilihan dalam talian membolehkan pelajar dari mana-mana di Malaysia menyertai kelas.

Adakah guru berpengalaman mengajar murid berkeperluan khas?

Ya. Cikgu Zai mempunyai pengalaman membimbing murid sekolah rendah dari pelbagai latar belakang pembelajaran, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas, dengan pendekatan yang disesuaikan mengikut kemampuan setiap anak.

Bagaimana cara nak daftar atau tempah slot?

Buka halaman Jadual untuk lihat slot yang masih kosong, kemudian klik slot tersebut untuk terus WhatsApp guru. Tiada borang pendaftaran panjang — guru sendiri yang balas dan aturkan sesi percubaan.

Umur atau tahap mana yang sesuai?

Kelas tuisyen ini untuk murid sekolah rendah, Tahun 1 hingga Tahun 6. Kelas mengaji pula dibuka untuk semua peringkat, bermula dari Iqra' 1.

Bahasa apa digunakan semasa mengajar?

Guru mengajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mengikut keselesaan dan keperluan setiap pelajar.

Berapa ramai murid dalam satu kelas?

Kelas dijalankan dalam kumpulan kecil supaya setiap murid dapat perhatian penuh dan bebas bertanya tanpa rasa malu. Parent juga sentiasa dikemas kini tentang perkembangan anak.

Kelas Mengaji Waktu Malam

Bila hari dah gelap, masa untuk menenangkan hati dengan Al-Quran

Iqra' 1—6

Langkah demi langkah, ikut kemampuan anak

Tajwid Asas

Baca dengan betul dari awal

Hafazan Surah

Surah-surah pendek untuk solat harian

Sedia Nak Mula?

Tempah slot percubaan atau tanya apa-apa dulu. Cikgu jawab sendiri, bukan bot!

Fluffy