Kelas Zai Karim
← Kembali ke blog

Faham dulu, bukan terus hafal. Bukan buat banyak, tapi buat sampai faham.

21 September 2026

Faham dulu, bukan terus hafal. Bukan buat banyak, tapi buat sampai faham.

Pernah tak kita terfikir, betapa anxiousnya seorang anak bila dia masuk kelas tetapi asasnya masih belum kukuh? Masuk Darjah 1 bukan sekadar boleh membaca. Membaca boleh dikatakan bare requirement. Tapi bila cikgu beri arahan — “Baca dan bulatkan.” “Padankan dengan jawapan yang betul.” “Gariskan perkataan.” “Baca petikan dan jawab soalan.” Anak faham tak apa yang dia perlu buat? Kadang-kadang anak sebenarnya boleh membaca, tetapi masih perlukan bantuan untuk memahami arahan dan menyiapkan tugasan sendiri. Sebab itu Langkah Juara bukan sekadar latihan membaca, menulis dan mengira. Ia beri ruang untuk anak praktis dahulu kemahiran yang akan digunakan apabila masuk Darjah 1. Biar dia kenal. Biar dia cuba. Biar dia buat silap sekarang. Supaya nanti apabila berdepan dengan benda yang sama di dalam kelas, ia bukan lagi sesuatu yang asing. Bila anak tahu apa yang perlu dibuat, keyakinan itu datang. Dan bila asasnya kukuh, lebih mudah untuk dia mengikuti pembelajaran seterusnya. Konsep yang sama kami gunakan dalam Siri Kira & Kuasai. Matematik bukan sekadar tahu jawapan. Kalau operasi asas pun masih kabur, nombor yang semakin besar boleh mula nampak menakutkan. Tambah sebenarnya buat apa? Tolak bila digunakan? Apa maksud darab? Kenapa perlu bahagi? Sebab itu kami bermula betul-betul dari asas. Daripada memahami konsep → latihan berpandu → latihan berperingkat → penyelesaian masalah. Bukan beri berpuluh-puluh soalan dan minta anak hafal caranya. Faham dulu. Bukan hafal. Bila anak faham bagaimana nombor berfungsi dan kenapa satu-satu operasi digunakan, dia bukan sekadar boleh menjawab 1 soalan sahaja. Soalan KBAT pun dia mampu jawab. Sebab dia mula make sense of numbers dan dari situ penguasaan dibina. Langkah Juara dan Siri Kira & Kuasai merupakan antara bahan pembelajaran yang disediakan oleh UnlockEDU; worksheet yang dibina secara berperingkat, daripada asas kepada penguasaan. Langkah Juara membantu anak membuat persediaan sebelum melangkah ke Darjah 1, manakala Siri Kira & Kuasai memberi fokus kepada empat operasi asas Matematik; tambah, tolak, darab dan bahagi. Sesuai digunakan untuk latihan di rumah, sebagai pengukuhan selepas belajar, atau untuk anak yang masih perlukan masa untuk membina asas. Sebab matlamatnya bukan untuk anak buat banyak. Matlamatnya supaya anak faham apa yang dia buat. https://unlockedu.my/kertas-soalan