Kelas Zai Karim
← Kembali ke blog

Markah Tak Cukup Untuk Kenal Pasti Kelemahan Murid

3 Ogos 2026

Markah Tak Cukup Untuk Kenal Pasti Kelemahan Murid

Apa yang saya belajar sebagai tutor selepas bertahun-tahun melihat latihan pelajar saya. Jangan kelaskan anak-anak hanya dengan melihat markah ujian mereka. Contohnya murid dalam gambar ini. Ramai akan terus cakap, "Dia lemah Matematik." Saya pula nampak perkara yang berbeza. Dia faham soalan. Dia tahu operasi yang perlu digunakan. Dia tahu ini soalan darab. Maksudnya, kemahiran menyelesaikan masalah itu sebenarnya sudah ada. Yang dia belum kuasai ialah algoritma pendaraban dua digit. Jadi saya tak akan suruh dia ulang satu bab Matematik. Saya tak akan bagi dia buat berpuluh-puluh soalan penyelesaian masalah lagi. Saya akan drill kemahiran mengira sehingga dia betul-betul mahir. Bila asas itu kuat, saya bagi semula soalan penyelesaian masalah. Kebanyakan masa, dia boleh jawab. Sebab itu sepanjang saya menjadi tutor, saya percaya, anak yang gagal menjawab soalan tidak semestinya lemah pada topik itu. Kadang-kadang dia cuma lemah pada satu kemahiran kecil yang menjadi penghalang kepada keseluruhan soalan. Itulah sebabnya saya sangat suka konsep MPT4. MPT4 bukan UPSR. Tujuan MPT4 bukan sekadar memberi markah. Tetapi membantu guru dan ibu bapa mengenal pasti kemahiran yang masih perlu diintervensi sebelum anak melangkah ke sekolah menengah. Bila kita tahu punca sebenar, barulah intervensi menjadi tepat.