Tau tak topik pecahan sebenarnya antara topik yang paling penting dalam Matematik?
12 August 2026

Selepas berulang kali buat latihan pecahan, akhirnya mereka berjaya memahami konsep pecahan. Saya memang akan drill topik pecahan sampai murid betul-betul faham. Bukan sebab saya suka bagi latihan banyak, tetapi sebab pecahan ialah asas kepada banyak topik Matematik sekolah rendah. Ramai ingat pecahan cuma satu bab. Sebenarnya tidak. Here's the reason... ✔️ Peratus menggunakan konsep pecahan. ✔️ Perpuluhan berasal daripada pecahan. ✔️ Ukuran panjang, jisim dan isipadu juga banyak melibatkan pecahan. ✔️ Soalan penyelesaian masalah pula selalunya menggabungkan konsep pecahan dengan topik lain. Kalau asas pecahan lemah, anak akan mula rasa Matematik semakin susah apabila masuk topik-topik seterusnya. Sebab itu, Darjah 3 adalah masa yang paling sesuai untuk kukuhkan topik ini. Saya lebih rela murid mengulang latihan beberapa kali sehingga faham daripada sekadar habiskan silibus tanpa benar-benar menguasai konsep. Bila asas dah kukuh, mereka bukan sahaja lebih yakin menjawab soalan pecahan, malah topik-topik lain pun jadi lebih mudah. Fahamkan konsep. Kukuhkan asas. Barulah matematik rasa mudah.